Aku perempuan. Kau juga perempuan.
Kalau aku sakit hati tengok kau, lelaki mungkin lebih. Mungkin juga terseksa. Kau fikir kau cantik dengan kebaratan kau. Kau fikir badan kau yang cantik dan montok itu untuk tayangan umum. Kau siapa?
Kau mungkin terlupa kita dipinjamkan segala. Kau mungkin sengaja kerana tidak puas menayang dan melenggang lenggok ke sana sini.
Aku juga pernah membuat kesalahan yang sama. Sampai sudah akil baligh tetapi tidak mengerti kewajipan yang patut diikuti. Sampailah ditegur ayah pada suatu hari. Walaupun sekarang tidak sesempurna seperti yang dituntut, adalah lebih baik dari dahulu. Walaupun kau seorang pencuri tapi kewajipan harus dipatuhi. Sebab ini adalah wajib.
Kerana aku tak mahu menarik ayah aku dan adik lelaki aku untuk turut sama di lembah jahanam di sana kelak. Aku juga tidak mahu mengheret bakal suami aku di kemudian hari. Tetapi aku juga lemah, memandangkan di zaman ini godaan amat kuat dan payah. Bantulah aku sekali.
Kau mungkin cakap belum dapat seru atau hidayah tapi semua itu harus dicari. Kau tidak layak mempersoalkan. Tapi aku juga macam lalang. Kadang-kadang terabai apa yang patut. Astagfirullah.
Mungkin kau akan cakap “alah yang macam tu belum tentu baik” tapi bukan kau yg judge. Sama-sama lah meperbaiki. Dah nama manusia, memanglah mudah terlupa. Ingatkan lah masing-masing.
Entahlah. Aku mungkin tidak sebaik tidak bagus tapi aku menaip untuk muhasabah diri juga. Lagipun nenek aku pernah cakap. Jadi perempuan memang senang dan memang susah. Perempuan… jaga lah solat, jaga puasa, taat pada suami dan jaga kemaluan.
aku juga geli bila facebook dijadikan medium tayangan free. F*** notty, baby **** dan etc. semua melayu dan “islam agamaku” hahaha tayang cleavage je lebih.