Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday : perlu ke aku bayar?

8 suke nak komen
aku parking sebentar je pun. alaahh!!!

Share/Bookmark

Tuesday, September 27, 2011

sebab beliau LAH, aku....

0 suke nak komen
Jared Letto.
dalam video Yesterday rambut dia macam ni. dan aku pun warna macam ni. aku suka walaupun ada juga mulut-mulut "ehh karatnya?".

well, hati batu. apa aku kisah.

btw, dah tak kaler rambut lagi. tak boleh tak boleh hukumnya. ahh. dan "kan cantik bertudung?"

awww. :)

kbaii!!

Share/Bookmark

Monday, September 19, 2011

rindu mak dah :(

3 suke nak komen
sekarang aku berada di atas katil yang tidak empuk. golek ke kiri rasa rimas golek ke kanan rasa nak hempuk kepala kat dinding. walaupun tadi nubhan lalu sebelah aku kat pesta konvo unimap rasa macam OMG ko memang kacak! tak berapa nak membantu dalam membuang perasaan aku yang galau ini.

kalau ada sangat orang nak cakap belajar terima kesusahan, tak tak, aku memang macam ni. tak payah nak suruh. keselesaan amat penting bagi aku. rasa macam nak balik sekarang tenung muka emak lama-lama sebab dah mula merindui. walaupun mak selalu cakap banyak kali macam suruh mandi sebab dah tengahari pun aku berbaju tidur tapi aku nak juga! nak juga!

sini hujan dan gerimis dan kadang-kadang panas terik memang tak membantu untuk kesenangan aku di sini. cuaca melampau menyebabkan aku stress lalu sakit lalu rasa menyesal belajar kat perlis yang tak best.

mak, esok sarapan mak masak apa? :(

kbaii!

Share/Bookmark

Saturday, September 17, 2011

menunggang kuda itu boleh tahan!

2 suke nak komen
aku duduk-duduk dan berfikir, mampukah aku?

aku diangkat oleh izzati sebab nak pijak pedal pun tak sampai. sumpah nak tinggi lagi.

kuda tu tak suka aku. nak suruh jalan pun takmau. dah LAH tak comel! nama beliau japanese. tak comel kan?

gambar selingan.


kuda dah busuk, harus mandi. bye kuda! nanti kita main lari-lari pulakk!!

*yg ni turtle, ni incik kekasih bagi suruh teman tidur. haha! comel.

**anda boleh menunggang kuda secara percuma di pusat (ape eh?) alaaa dekat dengan sg batu pahat yg ada padang golf and tempat reptilia tu. di perlis! :)

kbaii!!

Share/Bookmark

Thursday, September 15, 2011

aku taknak pakai tudung~

0 suke nak komen
kenapa aku tak nak pakai tudung? ini adalah alasan-alasan bingai aku dulu :

1) rambut rosak and bau hapak
2) sayang nak pakai, rambut tengah cantik
3) orang sekitar kata cantik
4) senang nak keluar sbb selalu wear shorts and lengan pendek-pendek
5) fashion sekarang mengheret sama macam aku suka dulu pakai skirt tahap lutut
6) rambut dicat kaler merah, kena tunjuk sebab cantik

dan pelbagai lagi. kalau ikut hati kadang-kadang rasa macam pakai sebab takut kat ayah je. tapi lama-lama dah biasa and termalu sendiri. well, kau nak tayang apa sangatlah?

aku tanya encik kekasih "dia ni baik sangat tapi sexy laahh"

"oh dia cuma baik dengan manusia je, dengan Allah dia tak baik"

tapi aku ni bukan betul sangat pun. tah lah. berusaha!!!

*bukan apa, aku cuma geli tengok budak 15 tahun macam gitu ghupenya~
kbaii!

Share/Bookmark

Sunday, September 11, 2011

Wang Ulu, Perlis.

0 suke nak komen
dari bilik aku, beginiLAH pemandangannya. tak secantik sangat LAH. cuma Perlis ni dari semalam hujan tak berhenti. kejap lebat kejap tak lebat lepas tu lebat lagi. aku nak keluar makan pun terbantut.

kalau kat rumah, waktu macam ni perut aku sudah terisi dengan makanan yg lazat. dan disini, mimpi.

dan esok dah mula kuliah tapi aku taktau lagi jadual aku. HAHA!

kbaii! *semoga matahari muncul. rindu matahari.

Share/Bookmark

Saturday, September 10, 2011

6% kan???? ^^V

1 suke nak komen

" RM0. pelanggan dihargai, mulai 15/9/2011 semua pembelian reload & pek permulaan prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan yg berkenaan"

dan aku mula bertanya pada diri sendiri. apakah semua ini dan kenapa harus ada cukai? cukai untuk apakah? aku nak salahkan siapakah? siapa tahu? tolong explain kat aku. dan mulaLAH ada page bantahan kat facebook, aww comel! kau rasa kau boleh elakkan cukai 6% tu ke?

walaupun sebelum takde cukai aku kena bayar RM10.50 atau RM11.00 untuk kad reload RM10 tapi aku rasa "biasaLAH kau nak untung, tak selamatLAH kau". tapi dengan adanya cukai, mungkin aku akan bayar RM12 .00 untuk kad reload.

6% dari RM10.00 adalah RM0.60. walaupun nampak sikit tetapi menyusahkan aku sebab aku bukan pengguna syiling yg tegar. malah syiling dilambung-lambung dan asyik nak tukar kalau genap seringgit.

dan dengan adanya cukai ini yang membawa jumlah RM0.60, aku akan rasa rugi kerana aku boleh msg incik kekasih sebanyak 60 kali, msg emak kesayangan sebanyak 6 kali dan msg kawan aku si pengguna selain celcom sebanyak 3 kali. ini ternyata satu pembaziran. apakah? apakah?

*kbaii saya dah sampai Perlis~

Share/Bookmark

Monday, September 5, 2011

gambar raya LAGI

3 suke nak komen


awww aku ada bakat tak? ^^





gambar-gambar dari sabtu lepas. kami beraya di setiap rumah antara kami. HAHA!

Share/Bookmark

Friday, September 2, 2011

syawal syawal lagi ^^

1 suke nak komen
2 Syawal, berkira-kira hendak pulang ke kg ayah di Pahang.



4 Syawal, dari Pahang berkira-kira hendak pulang ke Shah Alam. (aku nampak tinggi dan langsing pula. muahahaha!!)

3 Syawal?aku demam dan muntah-muntah. makan campur-campur, berjalan bawak terik mentari. ahhh, sedap di rumah di bawah naungan aircond.

*baju kurung masa raya pertama dah la. buat apa sampai 5 pasang?

kbaii!! ^^

Share/Bookmark