Thursday, June 30, 2011

robot. bulan. autobots. decepticons.

1 suke nak komen
hik hik. tadi saya tgk awak dalam transformer tu. awak kelihatan segak tau. saya hampir hampir nak menangis tengok awak nak kena bunuh.

ok, booo.

hahaha. to those who haven't watch it yet, better must guys! sebab berjuta bintang aku nak bagi!tapi aku rasa kalau pmpn yg carly kot nama dia takde lagi best sebab tak payah leceh leceh dgr dia jerit pertolongan. lalalalaa~ at least badan dia sejuk mata memandang. :D



kbaiii!!

Share/Bookmark

Wednesday, June 29, 2011

mari berimaginasi!

3 suke nak komen
aku kemas kemas novel aku. semua masih kelihatan baru. bukan sebab aku tak pernah baca tapi habit aku yang selak buku elok elok, buka buku dalam bukaan yang kecil dan tak lipat untuk tanda muka surat terakhir yang aku baca, aku ingat.

tetapi aku ada novel yang buruk hasil pinjaman dari kawan aku sendiri. aku bagi baru lagi, putih bersih. bila dikembalikan, memang layak nak letak kat muzium. macam ria qistina nukilan bikash nur idris. legam dan lunyai. tak apa. lagi sekali aku kena masa di unimap, seorang pelajar Mauritius nak pinjam breaking dawn aku. aku bagi, mungkin akan dijaga elok. JANGAN MIMPI. aku bagi baru bersih, bila aku minta asyik nanti nanti. dah lebih sebulan, takkan lama sangat! bila aku dapat, NAH! siap ada lekit warna putih lagi kat depan buku tu. lipat lipat tak payah cakap. oleh itu, aku takkan bagi orang buku aku lagi. dah la buku kesayangan aku ;( koleksi stephenie meyer dan j.k rowling adalah anak emas aku. cilaka!



aku cuti, jadi aku abiskan masa dengan baca dan baca. kalau anda suka laksamana sunan macam aku dan ikut trilogi dia dalam bagaikan puteri, cinta sang ratu dan hijab sang pencinta. anda harus teruskan perjalanan laksamana sunan dalam


kan sunan jatuh tersungkur depan gua lepas kena tembak dan tak sempat nikah di zaman hadapan?dan sekembalinya beliau ke abad 15. portugis dah jajah melaka. pastuuuuuuuuuu. sendiri baca.


kawan aku kata aku pelik sebab baca buku genre macam ini. selain angkara saka yang aku dah repeat baca 3 kali. hahaha. tu nukilan zaifuzaman ahmad. tapi aku rasa lagi pelik orang yang gila baca novel yang diangkat ke cerita nora elena. lalalalaa~ aku baca kat blog gadis gadis yang tangkap cintan dgn seth tan tu. err. kbai.

ps : sebelum breaking dawn part 1 ditayangkan, aku kena baca semula. nak compare dengan movie!hahaha. tetapi, buku lagi best :P confirm!

dan semua novel masih tak abis lagi kemas =.=" babai blog.

kbaiii!
Share/Bookmark

Tuesday, June 28, 2011

perlu kerja ke?

3 suke nak komen
bangun pagi mengerjakan kewajipan seorang muslim. bertatih tatih ke toilet membersihkan diri. usai solat, berteleku sebentar. sama ada sambung bermimpi atau turun ke bawah ke ruang tamu untuk berehat dan berbual dengan wanita cekal yang membesarkan aku sedari kecil.

lantas aku membuat keputusan untuk menyelimuti diri dalam kesejukkan yang bukan semula jadi. golek ke kiri golek ke kanan. pemikiran aku masih kosong. sudah dua bulan aku begini. bukan tak mahu tapi ada sahaja halangannya. lagipun tujuan dia cuma satu, nak beli benda yang tak mungkin daddy belikan.

DSLR. alasan beliau, takda function pun benda ni. =.="

kerja. ye, dah lama aku rancang nak kerja. sebelum exam lagi. tapi akhirnya?menadah tangan sebelum start enjin kereta mini. ye, setelah ada lesen yang sah. aku hanya tahu merayau ke semua tempat.

patutlah mak kawan aku kata kepada anaknya;

"kalau macam ni la ain, korang memang tak payah kerja, keluar je manjang"

aku sekadar sengih. menggeleng tidak, mengangguk pun tidak. haaaahhhhh....tgu duit raya?



Share/Bookmark

Friday, June 24, 2011

hari ini hari kad.

2 suke nak komen

hari ni jcard day..so aku dgn ain bergegas ke tempat kejadian kat jusco berhampiran. saje nak boros hari ini. bila lagi nak boros? (padahal hari hari). dgn seluar yg berharga 119 boleh jadi 35 dan baju 59.90 jadi 17 (dlm matawang malaysia RM), siapa tak nak? jimat sikit duit aku eh bapak aku.

aku sangkakan hari jumaat yg lelaki kena pergi solat jumaat menyebabkan parking sgt senang dicari tapi salah. bengong betul. oh aku dah dapat parking tetapi sebuah vios sesedap rasa tibai tempat aku. KAU ADALAH KURANG HAJAARRR. sekian. semua org sedang mementingkan diri sampai semua tempat dah berlapis lapis.

well, aku dapat gak parking lepas hampir sejam cari. gigih tak?


oh tema kami baju kurung. aku tak guna sgt baju kurung, apa salahnya shopping dgn baju tradisional?tak salah malah nak try jeans senang amat. tarik je kain kau. kbye. maaf ayah, duit da licin. theeeheeee.....
Share/Bookmark

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday : kau

lebih baik kau jauh yang menjadi punca aku tak dapat jumpa kau dari kau dekat tapi melebihkan keremehan kau.




aku bukan dalam hujan pun

#tiada komen utk entri ini.
##sebab entri ini untuk KAU.

*selamat malam :)

Share/Bookmark

Tuesday, June 21, 2011

malu lah.

3 suke nak komen

ANDA ADA BAKAT? ANDA NAK HADIAH YG LUMAYAN?

Kalau anda masih kanak kanak yang bakal mengambil UPSR, ada bintang kecil untuk anda.

Jika anda lepasan SPM, dan tak tahu lagi hala tuju atau mungkin ingin beralih arah setelah bosan berada di university, ada akademi fantasia untuk anda. Maaf, AF telah ditamatkan. Tapi ada mentor lagi. Jgn risau.

Jika anda takde bakat melalak dan boleh gelek gelek, ada mari menari. Jgn risau, peserta semua adalah mahram. Ibu dan anak? Pun ada. Macam mana lah kau nak bergelek gelek. Geli.

Oh anda dah tua? Setara zaman zaman anda menonton P Ramlee dulu? Kilauan emas ade juga! Sertailah!

_____________________________________________________


END

Janganlah malukan diri sendiri.

persamaan? : majoriti adalah kaum yg sama dgn aku.

yg ini? sekurang kurangnya aku dapat sesuatu yg aku tak pernah tahu. ilmu lah senang. biasalah, aku.


Share/Bookmark

Sunday, June 19, 2011

artikel untuk hari bapa?

2 suke nak komen
HARI INI HARI BAPA.

aku tak lah sambut sangat. just salam ayah dan cium pipi sambil cakap "happy father's day, dad!!"
sebenarnya hari hari adalah hari bapa.
menjadi bapa aku rasa sangat letih.
yelah, cari rezeki nak bagi kesenangan kat keluarga.
dan kalau boleh pendapatan yang lebih dari mampu keluarga dia dapat belanjakan.

ayah kan ketua keluarga.
ayah letih nak tengok ragam semua.
masa kecil aku kena je rotan sebab degil.
tapi semua nak bagi aku jadi betul betul seorang manusia.
ayah hantar anak anak belajar sebab dengan pelajaran, semua cerah.

result aku sejak habis sekolah tak pernah sangat membanggakan.
setiap kali test or exam i'll text him "dad, i got test in 20 minutes left bla bla n bla bla"
he always replied "do ur best, i always pray for u"
kalau result biasa je dia kata tak apalah dah mencuba.
ada rezeki, adalah.

aku suka status kawan aku
"selamat hari bapa!anda sayang ayah anda kan?ingat lah. selangkah anak keluar rumah tanpa menutup aurat, selangkah itu juga ayahnya ditarik ke neraka"

:)

anda kata anda sayang ayah anda?

______________________________________________

nota *thank god, all of them arrived KL safely.
oh ye, masa mother's day ada keluar artikel HARAM, hari bapa?tak ke? :)


Share/Bookmark

Saturday, June 18, 2011

mereka tak faham sebenarnya :)

3 suke nak komen

hari ini cuaca sangat baik. terang je. tapi kebosanan di rumah. jadi teringat mengenai ini. aku di hostel serumah dengan non muslim sekali.

...............................................

Aku tak tahu nak jawab apa memandangkan mereka bukan muslim. Bila mereka tanya;

“eh why she wear tudung like that?isn’t u guys should cover all?’ Chinese girl tanya. Masa ni tengok hantu kak limah sama seorang lagi Punjab girl. Alaa awek awie tu tak tahu apa nama tah pakai kan nampak rambut. “or kampong girl memang wear like that?”

**aku diam jap.

*________________________*

“eh eny, why she wear arm socks?what for?”

**aku diam lagi. Kawan aku yang pakai arm sock tu pandang aku tak tahu nak explain apa.

*________________________*

Seorang wanita berpurdah lalu. Lalu mereka berpaling dan tanya.

“eiyeeee so takut la. Why she tutup semua”

**aku diam. Dan jawab “oh actually we should cover all except our face and hands but in Arab kan ada pasir pasir so tutup tu boleh cover from dust. Tapi ada juga yang pakai sebab tak nak orang pandang pandang and mengata sebab muka dia cantik”

The Chinese girl angguk and said “wahhh..bagusnya”.

*________________________*

Chinese girl ask me which skirts yang cantik sebab dia nak beli. Then she asked whether aku pun nak jugak and said “u can wear with legging kan?i saw many girls wearing like that lo”.

**diam. “actually cannot la dear, still nampak shape kaki tau. Sexy. Hehe”


*________________________*

One fine day, we want eat. So 3 of us decide nak makan apa. Then Chinese girl ask “got one restaurant kat roundabout sana. Sedap tau. U guys can eat lo. Got chicken. Put little alcohol only”

Then the Punjabi girl said “eh gila la u, she (refer to me) still cannot eat la. Aiyooo”

**aku senyum.

*________________________*

Masa holiday kat korea, kawan ayah yang Chinese pun asked kenapa tak makan ayam sebab he thought kita cuma tak boleh makan babi. Aku lupa ayah aku cakap apa. jiran aku pun pernah offer arak masa dtg rumah mereka sbb thought it is ok for us.

Mereka tak faham sebenarnya kita macam mana. :) mereka makin tak faham sebab kita dengan mereka dah sama sahaja :) kan? Ye, aku maksudkan aku sekali.

dan aku sedang tengok tengok site ini http://muslim-girl-gallery.blogspot.com


*aku kata tak hari ini panas sekali? :)


Share/Bookmark

Friday, June 17, 2011

kasihan mak. =.="

3 suke nak komen

Aku rasa hari ini macam hari malang aku.

Aku bangun awal pagi nak sediakan sarapan untuk adek aku yg sekolah pagi. Tapi lupa telur dah abis, so tak ada lah nak buat roti telur. Tengok nasi malam td, pun tak cukup gak nak buat nasi goreng. So mee goreng je aku buat tapi “alaa apis mana makan mee sangat” tiba tiba kau tak makan pulak. Dalam pukul 8 adek aku lagi sorang nak pergi kerja “bila ko masak ni?mee ni pedas ahh. Sakit perut kang”. =.=”

Aku tidur balik dalam 8.30 pastu dah pukul 10.45 aku terjaga. Tengok kucing aku tidur kat kaki adek yg last. Aku bangun ingat nak masak lambat sikit. Dah beli barang barang basah, aku nak masak. Masa masak ayam kicap, termasin. Aku buang kuah dia, dan goreng kering kering. Sebelum buang kuah, nyaris nak simbah badan aku. Mungkin aku akan mengalami kecacatan kulit di perut kalau tersimbah.

Lepas masak aku nak kemas sangkar kucing aku yg baru nak remaja tu. Aku nak tukar pasir tandas dia. Dan pasir tu tertumpah. CANTIK! Aku kutip balik. Lepas tu sapu lepas tu mop. Alang alang mop, baik dari dapur sampai ke ruang tengah sampai ke ruang tamu. BEST! Time ni adek aku yg bongsu dah pergi sekolah.

Aku duduk rehat rehat tiba tiba ucapan salam diberi, pantas aku bangun buka pagar. Kawan adek aku masuk. Semua nak lepak atas nak lawan PES. Bagus.

Adek aku semua lelaki. Pakai baju mengalahkan perempuan tapi tak nak letak dalam bakul baju sebaliknya letak kat lantai bilik air bagi basah basah. Aku kemas sini, sana sepah balik. Tempat tidur memang berangan mereka ni nak kemas. Bila nak baju nak jeans nak baju sekolah mereka akan guna mulut. Cari tak mahu. Aku sekeh kepala baru tahu.

Mak dan ayah balik ahad ni. Tiba tiba aku rasa mak aku lagi dasyat nak layan semua lelaki dalam rumah ni. =.=”

Kasihan mak. Sobsss.

**internet cam tahik. aku nak update blog PEMADAM nak upload gambar memang tahik.


Share/Bookmark

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday : ....

2 suke nak komen

meaning
: Wordless Wednesday (WW) is a visual blogosphere phenomenon. WW is a simple blog post featuring a photo which conveys a message that speaks for itself without using words. However, there are no specific rules about WW posts so a few (and sometimes, many) words may accompany a photo or image that is the focus of a WW blog entry.


awak tahu.




Share/Bookmark

Saturday, June 11, 2011

jangan nak kurang ajar sangat.

13 suke nak komen

pandai pandai ahh klik nak tgk lagi clear. anyway, u can chat with me, i got no problems with that. but use proper words because i ain't know ya. by saying oi instead of hye is rude. when i ask to use baik sikit bahasa then maki me. what for? haha i know u had say sorry but im just telling you to be polite. bukan kena bayar pun! hahaha. and i said im not kelantanese so tak paham then what did i got? burit?puk*mak? HAHAHA!

anyway, the last sentence i gave to him was "i just said. to make sure u use proper words later. all kelantanese like this meh?use bad words when someone ask to be polite?" . me sounds rude there but bila teringat, anon yang komen blog aku akan guna bahasa pantai timur untuk tinggalkan komen bajet bagus. polite la weh. bukan kene cas~

neway, after benda ni aku terus remove org itu. tak kenal pun, maybe aku approve sebab mutual friend dia kawan aku. :)

*im sorry, im not judging all kelantanese are bad :) only a few. orang negeri lain pun ada yang tak polite pun. but friends of mine in here, semua guna bahasa baik baik. selamat berbudi bahasa!itu mencerminkan kita semua! :) peace~
Share/Bookmark

Friday, June 10, 2011

sekejap je!

4 suke nak komen
baru aku tau SAYA boleh jadi :

sy . ini common. tak mengapa.
shayer. lempangkan aje budak ni.
saie. memula aku tak paham pun ini apa. atau aku mungkin tersalah faham dan ini bukan lah saya?
sayew. ye, sila sebat budak ini.

adik adik aku kalau text aku mcm ni memang aku basuhkan. mengada sangat nak eww ewww tu. dan ramai lagi. susah nak baca dan kalau penulisan dibuat dalam blog anda, memanglah.

taip penuh penuh. sejuk mata memandang.

sekian.


**sedang menunggu adik bujang bersiap mengalahkan kakak. nak pergi tesco je pun! ok lah, selamat makan malam semua!!!
Share/Bookmark

Tuesday, June 7, 2011

mengayat di kala malam,

2 suke nak komen
sekarang orang rasa diri mereka hebat,
bila bila masuk berdebat,
pompam pompam makian makin lebat,
apakah anda rasa anda tepat?

semua yang dihadapkan tak nak terima,
jadikan hal semakin susah dihadam,
bila ditegur semakin menggila,
mulalah merepek macam haram.

hampir semua mendabik dada,
bila fikirkan mereka lah benar,
bila menegur dengan ulasan agama,
adakah anda amalkan apa yang diujar?

nah, semua semua & semua,
ok, mungkin sesetengah,
seimbangkan akhirat dan dunia,
barulah maju tak termengah-mengah.

what?jangan nak puas hati sangat kedudukan sekarang. jangan nak buat ulasan yang anda rasa anda tepat. mungkin sesekali anda nak komen tapi tak perlu harsh sangat dan setiap masa nak mengomen dan mengomel. sekian.
Share/Bookmark

Sunday, June 5, 2011

yang buruk tak semestinya kekal buruk. :)

3 suke nak komen
dan pada malam ini aku teringat..

semua orang akan ada benda buruk dalam hidup. tapi bergantung pada setiap orang. aku ada. kau pun ada. tapi kalau buat buat lupa akan benda buruk, memang senang. kalau teringat? akan menangis sendiri.

tapi jangan salahkan diri jangan salahkan keadaan. benda buruk macam ni, "dia" lah cikgu untuk masa depan kita. "dia" buat kita beringat untuk tidak melakukan semula. cukuplah ada insan di sekeliling yang memberi semangat, itu sudah cukup.

hey?kita bukan tinggal seorang diri di dunia ini. panjatkan doa pada illahi, agar esok kita diberikan kesenangan dan terhapus air mata. bertuahlah dah lalui pengalaman buruk itu. walaupun buruk bagi kita tapi tuhan tahu mengapa. dan kita sebagai insan kena kuat. aku juga ingin kuat. :) aku senyum walaupun hati tidak tenang.

nota : mak, ayah, nenek, atuk, pakngah & makngah baru berlepas untuk ibadah umrah. aku kira sekarang sudah tiba di madinah. to them, perjalanan dirahmati-NYA.
Share/Bookmark

Saturday, June 4, 2011

real coconut shake. mana? T.T

4 suke nak komen
Aku turun dari kereta hitam milik ayahku. beriringan dengan wanita dan lelaki separuh abad, tak lupa ayahku yang turut serta. pagi yang cerah itu kami ke pasar yang terletak di pekan. dan peniaga pada pagi itu sibuk bersiap sedia dengan barangan mereka dan melayan bakal kerenah pelanggan mereka.

di kiri menjual ikan, di sana pula menjual sayur dan di hujung sana terdapat dua orang wanita 40 an menjual aksesori wanita. nenek aku mengajak aku ke sana. membelek belek lalu ramah berbicara. hairan aku sungguh ramah bagaikan sudah berkawan lama. kalau aku? jangan harap senyum pun. aku segan. di sebelah kanan kelihatan seorang pak cik yang aku kira sudah lama tidak berjumpa rakannya, bersalaman dan bertanya khabar. aku tak harapkan perkara begitu di sini. semua sibuk dengan hal sendiri.

selesai dengan jual beli, pergi pula ke tempat barangan basah. dibelinya ketam kegemaran datuk juga ditanya apa yang aku ingini. aku hanya menggeleng. wang yang diberi ayah sedikit pun tak terusik. ada lagi yang menyukat menggunakan tin terpakai walaupun sekarang sudah ada penimbang sebagai pengganti. aku tanyakan benda apakah yang berwarna putih dan nenek gelakkan aku, begitu juga peniaga tersebut yang mengatakan budak bandar memang tak kenal. cisss.

bukan ini aku nak utarakan. setelah lama tidak menemui coconut shake yang menjadi kegemaran aku ketika menjalani PLKN 5 tahun dahulu ( wow tuanya aku =.=" ), dan aku nampak di sini! dijual oleh lelaki lewat 20 an. aku beli aku beli! yalah! lama tak jumpa, aku rindu rasanya yang enak. nak harapkan selangor? aku tak pernah jumpa lagi.

TAPI. tak sedap pun. tipu lebih. apa? rugi sangat ke letak air kelapa tu? setakat rasa air gula! membazir RM1.50 aku. nenek aku membeli petai, dipilih pilih hanya sepapan yang elok segar besar, lainnya busuk. apakah konsep niaga anda? jangan nak tipu sangat kaum aku. huh! PENTIPU! eh ada ke pen? =.="
bye!
Share/Bookmark

Friday, June 3, 2011

am i still malay?

3 suke nak komen
  • bayi seperti tidak ada harga. letaknya di tempat sampah. dicampak dari bangunan lima tingkat.
  • dirinya seperti tidak ada tujuan hidup dan menyusahkan orang. dicucuk bahan yang biasa diguna dalam perubatan. lalu menyusahkan kerajaan dalam membina tempat untuk mereka.
  • dirinya seperti tidak bermaruah dengan menjadikan alasan kewangan lalu mencebur diri dalam bidang perdagangan badan sendiri.
  • seperti orang berkulit putih dan ditirunya cara berpakaian walaupun diri tu hidung kembang, kulit sawo matang & paling penting slang pantai timur kuat. no offense! aku banyak jumpa orang begini.
  • berlagak. kutuk orang yang kekurangan. kerja biasa takmahu padahal spm pun tak lepas.
  • sanggup jadi papa asalkan bergaya dengan barangan mewah.
  • menipu asalkan nampak hebat dan diterima dalam group sendiri.
  • agama dikebelakangkan, arak menjadi kegemaran. berpakaian separa bogel dan menyatakan hanya mengikut skrip.
  • sambung belajar di rancangan realiti. drama menjadi taruhan dalam simpati meraih undi.
  • aib dibuka begitu sahaja walaupun pada hematnya berlaku jujur.
  • bangkang habis habisan bila barangan naik tanpa difikir berapa banyak kerjaan membazir untuk anda.
  • memaki hamun bila servis diberikan lambat tapi hendakkan semua dalam harga yang murah.
  • jantina ditukar dengan alasan diri lebih kepada perwatakkan kepada opposite gender.
  • memberi komen negatif bila ada si melayu berjaya.

biasa aku jumpa adalah melayu. jangan nak bangkang. aku juga melayu dan kadang kadang malu menjadi melayu. tapi apa kan terdaya, muka dah melayu sangat tak dapat menipu dari arab. jangan nak perasan bandar sangat dan kutuk si kampung. dan jangan nak gaya bandar sangat sedangkan orang bandar tak begitu. day by day, im sick with it. dan...am i still malay?malay that has a good attitude and using soft words in any occasions?malay that has a sweet smile and simple outfit and using brain to impress orang lain? dan pada petang ini aku tiba tiba emo.

*and i hope...menjadi lagi baik dari hari ini untuk masa depan yang elok. oh. doaku pada YA RABB, moga laluan aku lebih terang. perangai aku juga lebih baik :)
Share/Bookmark

Wednesday, June 1, 2011

cuti yg tidak memberangsangkan.

2 suke nak komen
ISNIN

PIRATES OF THE CARIBBEAN.ini aku dan cik nazatul tengok. movie ini best!aku suka mermaid dia yg jelita sangat sangat dan mubaligh comel. hahaha. cerita pasal nak cari telaga yg panjangkan hayat. fountain of youth. tak tengok 3D. yg biasa.

tgk di sunway pyramid dan aku drive.


RABU

cik nazatul drive pula. lepas amik aku kat rumah beliau uruskan hal bank dan tgk KUNGFU PANDA omeelllllll omeeeellll di jusco. aku memula takda perasaan nak tengok tapi lepas dah tengok rasa nak pergi peluk PO. gelak dan gelak juga tersentuh. haha PO baru sedar si angsa itu bukanlah bapak beliau. cheh.



baru tadi. RABU juga. makan


cik nazatul dan aku. baju biru adek si ezlie mushairul faiz atau buntal for short. mana tak buntal? burger, bubur, nugget, kentang & milo besar. kopak kakak ko ni haaaaaaaa *nangis kejap.

Add Image
ni nadia. alaa dah kawen beranak satu pun. ok sorry. ni adik dia. hahaha...kami makan, berborak dan makan lagi sambil gelak gelak tengok orang. oh ada orang ajak aku tgk wayang esok. =.=" tak bagi jawapan lagi. tapi aku tak free rasanya. =.=" sorry.

kalau macam ni setiap minggu. aku rasa aku bakal gedempol dan akan keluar rama rama dari wallet aku (means takda duit). malu lah tadah tangan kat daddy je. macam mana ni nazatul!!!hissshh!!!

nak keje nak keje nak keje. *mengeluh. haih
Share/Bookmark