Tuesday, May 31, 2011

lagi panjang dari 365!!!!

9 suke nak komen

it has been 365 days with you, muhammad firdaus b abu bakar & i just wish to be with you longer.

amin for that :)





Share/Bookmark

Monday, May 30, 2011

jamban.

6 suke nak komen
jam menunjukkan pukul 3 pagi. berpeluh peluh badan menahan sakit. berguling ke kanan tak boleh mengiring ke kiri pun tak selesa. kipas yang dah ditekan angka 3 seakan tak terasa. langit di luar hitam sepekat pekatnya.

"ahh ni tak boleh jadi..." getus hati kecilnya.

mata cuba dikatup tetapi tidak mahu juga terlelap. baru sahaja lena satu jam selepas penat menonton shutter island. penat sebab apakah dan apakah yang banyak menjadi persoalan di minda. orang di sebelah sudah lama berdengkur. nak dikejut tak sampai hati.

tak berapa lama lepas itu. "nenek....eny sakit perut lah. jom lah..." nenek pun bangun dan menghisap rokok di luar menunggu cucunya yang penakut ya rabbi. wehhhh. gelap kot. rumah seketul seketul.







ok. sebab inilah aku tak suka kalau balik kampung. jamban nak kat luar. cuba buat kat dalam!!
Share/Bookmark

Sunday, May 29, 2011

awak cantik lah

0 suke nak komen
banyak artis Malaysia yang aku tak kenal. dengan alasan aku lebih suka tengok cerita omputih. ngaahaha. ok. tah pape. hari ini baca paper? aku tak ingat paper mana. semua aku baca. dan aku terlihat ini.

FAZURA yg gorgeous. dia memang gedik gedik tapi aku boleh terima kalau nak compare dengan FASHA SUN eh SANDHA.


comel gila kan?kan?
Share/Bookmark

Saturday, May 28, 2011

no music please!

4 suke nak komen
dah magrib pun. baru je selesai makan nasi. itu pun setelah dipaksa nenek. telinga aku lemas mendengar bebelan "eny bila nak makan..." dan lain lain. asyik disuruh aku makan padahal aku ingin menjaga badan. sungguh tiada kaitan? ayah aku dah sampai. esok aku akan pulang ke selangor!yay!

kebiasaan di waktu begini menunggu giliran untuk ke bilik mandi, aku suka blogwalking. aku tengok tengok siapa yang ziarah aku. siapa yang follow aku. best mereka. dan cantik cantik. tetapi aku rasa lagi cantik kalau blog mereka tidak dipasang lagu. aku TAK SUKA! tolong jangan. tak penting pun. apa? nak cakap itu lagu fav ko? ko boleh buat entri khas berkenaan lagu kegemaran ko.

tolonglah faham. takkan aku buka 5 blog serentak dan kelima lima ada lagu dan serentak itu pula azan magrib berkumandang dan laptop aku tetiba hang. tolonglah tolonglah. no music widget. it's not important pun and beratkan blog nak aku loading. masa sangat berharga. please =.="
Share/Bookmark

Friday, May 27, 2011

i miss u, friend :)

0 suke nak komen

I love you

First time I saw you, nothing had stay

Later I meet you; I think you are match with me

We doing all sort of thing together

We have fun laughing and cam-whoring though enjoying much chatting

But it become lesser when there is a guy

Who came and shared heart together with me

But to give you a knowledge

I still missing our fun time together

I love you, friend

....but to be good i rather alone in a world i created. i miss all the moment we shared. crossed my heart,the bond will never lose.


Share/Bookmark

Wednesday, May 25, 2011

facebook! & ibu bapa.

4 suke nak komen
aku dah zohor dan masak. ok, tak patut mukadimah aku begini. setiap hari kat rumah aku cuma online dan online tiada riadah yg membolehkan badan aku stay in shape. erkk?

aku beli cleo dan baca dan baca ada part yg aku suka like what if ur parents added u on facebook?elehhh...aku da add pun selamba je?

step 1 is to hide the evidence like gambar gambar yg pelik pelik yg berjuta lemon dan gambar dengan incik kekasih. eh?

my dad pernah tegur
  • gambar banyak!nak watpe banyak banyak?
  • status aku yg geli geli yg tag nama muhd firdaus. tp aku delete dah dan tak buat pastu. tiba-tiba aku sedar, ok a bit annoying. :P
  • status aku "im eating double special beef burger with cheese..yeay!!" at 2 am dan ayah aku like "emm how to calculate the...bla bla bla" . dia cukup marah aku gemuk dan suka makan gemuk gemuk stuff =.="
  • gambar dengan incik kekasih. aku upload, dia pun upload but dad commented on him "this is a bit too much" haha. then my bf said sorry then he replied "apologize accepted. take care" lebih kurang camtu. hahaha. lepas tu upload je pun. takde pe dah ^^V
tapi aku rasa selesa je. dulu ayah aku tak nak approve yg family punye relationship tu. sebab dia punye tujuan nak tengok tengok je. bukan selalu online pun. adik aku paling best!sebab buat status married. hahaha! tak marah pun ayah aku but saying something yg perli je.

step 2 approve je la kalau dah sorok sorok dan delete tu. tapi macam hipokrit?yelah dah delete delete?kalau sebelum ni dia letak gambar pakai skirt nampak peha putih melepak dan nampak lurah walaupun pada asalnya bertudung di luar. eh ok la tu. elok sikit hah mak ayah pantau. haha.

step 3 is beware of what u up to dalam alam maya. hahah jumpa pelik pelik mati lah kamu.

tapi aku takde step. aku lagi suka approve sepupu makcik pakcik haha biarlah dia tengok. tapi kazen aku suka stalk profile incik kekasih pulak sambil komplen jauh nak anta ke sana nanti. ehem ehem. ^^V

btw, sukahati korang la. korang punya facebook. aku luar dan dalam facebook sama je. ok, mak aku pun minta buatkan facebook dia?so? =.="
Share/Bookmark

Tuesday, May 24, 2011

jom join bloglist SHEIMA SUFIAN

2 suke nak komen

click this banner to go to her blog. comel kan? :)

bila dah kena invite. kita join je la. tak susah pun alang alang tengah cuti. hahaha. neway, her blog is simple and rasanya nak loading her site ok ok je. tak semak dgn widget and i think she is friendly based on her writting. neway, thanks shiema :)

sebab i am a girl, so in list of puteri canteq la ^^V

tag DUA orang :

so, MUHD FIRDAUS & FARINA
Share/Bookmark

Monday, May 23, 2011

semua tak HALAL dah. tak payah makan.

2 suke nak komen
i eat a lot. when i said a lot, it's really mean lot of it. haha tipu aku makan ikut mood. ok lah nak serius. tadi masa kat facebook ada orang shared link about status secret recipe yg diragui. katanya secret recipe dah tak halal sebab menggunakan babi dalam kek. kira terjumpa DNA babi dalam kek tu.

sebelum ni pun ada my course mate bagi info kata starbucks pun tak halal sebab ada DNA babi. dan lagi seorang kata memang tak boleh consume anything from this premise due to star = israel, bucks = US money. ok pasal israel israel aku tak nak komen.

dan seperti biasa akan ada lagi orang shared. dulu, burger king yg favorite aku tu pun kata tak halal. we're not in luar negara. i know how hard i am and families when we went there kecuali negara arab sana. yup, mereka memang lah tak halal sebab majority isn't moslem dan sukahati mereka lah but we? YES boleh dikatakan ramai moslem walaupun sekarang seperti tak ramai. dan yg ini aku tak nak cakap juga. anda dah besar, boleh fikir sendiri.

aku cari portal jakim. aku search dan tengok starbucks and secret recipe ni HALAL je. dan sushi king tidak dijumpai status halal. bye sushi king, aku takkan makan anda lagi. =.="old town white coffee pun babaiiiiii gak.

boleh klikklik kalau nak jelas lagi

http://www.halaljakim.gov.my/

nah link untuk anda sendiri check. mungkin aku salah buka portal atau aku salah taip atau aku memang salah mana mana?let me know ya?mistakes are something common for me even us. baiii!!!nak minum air.

**baik makan minum semua kat rumah. tanam sayur sendiri bela lembu kambing. DONE!
**btw, moslem yg minum arak tak nak bising bising pulak?

Share/Bookmark

err takde tajuk sesuai kot? =.="

0 suke nak komen
aku menghadiri universiti teknologi malaysia (UTM) johor untuk program pemadam dalam saat akhir, tu pun atas alasan mengganti orang yang tak pergi. pada mulanya memang tak nak pergi.

ke sana mendengar ceramah yang paling best pada hemat aku adalah dari PDRM. walaupun pengisiannya mengenai jenis dadah yang biasa kita dengar tapi dia terangkan dengan gaya dia. cara kemasukkan dadah melalui keldai dadah yang rata-rata perempuan yg tangkap cinta dengan si gagak hitam. please. stop dah. dan tengok video sebatan. best err sedih tapi dia jahat.

aku suka soalan ini "dadah yang dirampas pergi ke mana?betul ke ada supply dadah ke pusat serenti?" ok jawapan dadah itu akan dimusnahkan mengikut prosedur sama ada ditanam atau dibakar dan dadah itu dadah gantian atau nama lain methadone yg diberi mengikut keperluan penagih tegar. dan aku juga terfikir dengan soalan kawan sebelah aku. duit dan harta yg disita dirampas?oh kerajaan simpan kata ayahnya. ok.

haha. aku ke sana paling best sebab jalan jalan tabur wang. sob sob. beli dress yg aku rasa kalau beli secara on9 lagi mahal. HAHAHA. last day menuju KL, singgah di ayer hitam membeli belah. takda apa sangat pun. setakat beli congkak. eh tu pun nak beli?memang lah. dah lama aku tak jumpa congkak, sampai masa balik adik aku kegirangan tak lompat (dia buntal susah lompat).

sepanjang di ayer hitam yg panas tu aku tengok semua kedai akan jual barangan yg sama. tak boleh ke benda lain?sebelah kedai dah tembikar, sebelah dan sebelah lagi pun tembikar. kalau seberang sana jual bantal kedai sini pun nak jual bantal. kenapa?cuba jual benda lain. bukan takda benda menarik kat johor tu. aku pun bosan. dah biasa sangat orang macam ni. kalau sekitar tepi pantai err pantai?kat kuala perlis tu. ada jual cucuk-cucuk yang bakar dan sederet semua jual benda sama. boleh je kalau nak buat cekodok ke, pisang goreng ke, sandwich ke dan etc. mesti ke nak sama?or nak tengok siapa lagi maju?BLAH.

aku pun beli juga. untuk diri aku.

untuk adik bujang aku kaler silver. dah kereta dia warna silver. haha. comel!suka!ayah membebel ini pun nak dibeli. ^^V
Share/Bookmark

Sunday, May 22, 2011

quick update!

2 suke nak komen
aku ingin sekali nak update blog malam ni. tetapi kepenatan mengatasi segala. aku mahu beradu mematahkan segala sisa sisa penat yang tertinggal.

kepada yang follow aku. terima kasih diucapkan. ramai juga. dulu tak sampai 140 lagi. nampak sgt lama tak sign in blog. ^^ haha sebab ada program PEMADAM (persatuan mencegah dadah malaysia) di utm. menarik walaupun beberapa slot ceramah membuatkan telinga aku berdarah. biasa lah. tak ramai yang suka diceramah. tengoklah esok, mungkin akan aku update?

al fatihah kepada pemuda yang terkorban dalam tanah runtuh. takziah kepada keluarga mereka. agar mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan org beriman. ALLAH sayang mereka lagi. apakah kejadian dulu di highland tower berulang kembali?wallahua'lam. agar semua selamat.
Share/Bookmark

Wednesday, May 18, 2011

boleh je sentuh kat saya

6 suke nak komen
I wear lens since my matriculation. Im scared when im used it for the first time. Sanggup gila aku panggil member bilik depan hujung tepi (ahh asal jauh dari bilik aku) datang tunjuk pakaikan. Sebab zaman matriculation la zaman paling menyampahkan sekali. Bajet nak kelihatan comel dan tidak nerd. Cermin mata aku tolak tepi. Tak cun. Hodoh hodoh.

So aku beli juga and wait for two weeks nak siap yg mana lens kedua aku tak perlu tunggu. Baru aku sedar aku punya lens siap siap silau sekali. Ok, dah dah. First time pakai kaler jernih sahaja. Fuhh memang member impak apabila ada orang bertanya kat kawan aku “eh eny pakai lens dah ke?” . ok, cut it off.

Sampai masuk u. aku teruskan dengan lens tetapi tetap minta duit kat ayah nak buat cermin mata dengan alasan ada makmal (aku tak tipu). Dan minta kat mak nak lens berwarna tetapi optometrist tu cakap tak elok sebab colored lens cepat rasa kering dan blab la bla lalu mak aku percaya beliau. Ok, sebab aku tak amek bidang mata aku cumalah environmental engineer. Haha!

Tetapi lepas abis lens jernih aku tekad nak pakai kaler kaler jadi aku beli juga kali pertama hippie chestnut. Wow teruja. Macam jakun pun ada. Tapi sekarang beralih kepada misty grey. Ok.

Dulu housemate aku nak pakai. Dia kata aku terer tak payah tengok cermin nak tanggal or pakai lens. Welll~~ (nada berlagak). Tak susah kalau dah mahir. Focus kat lens tu. Dia masuk dengan tepat. Betul!

Dan cara jaga pun tak payah. Dulu nak pakai sangat takut sebab AZRIL kata kawan dia pakai sampai lens termasuk dalam sebab tertidur. Sejak itu aku tak pernah tidur. Aku bangang. Sekarang pakai time mandi pun tak ada masalah.

Alamak, terpanjang pula entri. Nak jaga senang.

  • Sebelum pakai rub dulu dengan solution tetapi kalau yg baru buka dari bekas kira yg baru punya, tak payah pun tak apa.
  • tangan mesti clean!wajib.
  • pakai dengan kemas dan selesa. Kalau tak selesa keluarkan balik. Aku pernah sebab lens terkoyak. Haha =.=”
  • sediakan towel kecik, senang nak lap. Kalau lepas mandi, lap kat towel yg anda sedang berkemban
  • dah siap pakai, keluarkan dan rub nanti keluar macam minyak-minyak tapi tak silap aku tu protein. Tak silap la aku ada baca. Dah rub simpan dalam bekas. Letak air dulu baru letak lens. dan rendam at least 4 hours sebelum nak pakai balik.
  • bekas tu lepas pakai terus buang air dan basuh. Juga rendam dalam air panas sesekali. Kalau tak pakai lens rajin-rajin tukar air dia.
jangan komplen cara aku tak betul. rujuk pakar. hahah! dah, nak tidur!

misty grey. perasan. =.=" boleh je sentuh?agak agak fikir apa?haha!


Share/Bookmark

Sunday, May 15, 2011

wanita.

5 suke nak komen

Aku perempuan. Kau juga perempuan.

Kalau aku sakit hati tengok kau, lelaki mungkin lebih. Mungkin juga terseksa. Kau fikir kau cantik dengan kebaratan kau. Kau fikir badan kau yang cantik dan montok itu untuk tayangan umum. Kau siapa?

Kau mungkin terlupa kita dipinjamkan segala. Kau mungkin sengaja kerana tidak puas menayang dan melenggang lenggok ke sana sini.

Aku juga pernah membuat kesalahan yang sama. Sampai sudah akil baligh tetapi tidak mengerti kewajipan yang patut diikuti. Sampailah ditegur ayah pada suatu hari. Walaupun sekarang tidak sesempurna seperti yang dituntut, adalah lebih baik dari dahulu. Walaupun kau seorang pencuri tapi kewajipan harus dipatuhi. Sebab ini adalah wajib.

Kerana aku tak mahu menarik ayah aku dan adik lelaki aku untuk turut sama di lembah jahanam di sana kelak. Aku juga tidak mahu mengheret bakal suami aku di kemudian hari. Tetapi aku juga lemah, memandangkan di zaman ini godaan amat kuat dan payah. Bantulah aku sekali.

Kau mungkin cakap belum dapat seru atau hidayah tapi semua itu harus dicari. Kau tidak layak mempersoalkan. Tapi aku juga macam lalang. Kadang-kadang terabai apa yang patut. Astagfirullah.

Mungkin kau akan cakap “alah yang macam tu belum tentu baik” tapi bukan kau yg judge. Sama-sama lah meperbaiki. Dah nama manusia, memanglah mudah terlupa. Ingatkan lah masing-masing.

Entahlah. Aku mungkin tidak sebaik tidak bagus tapi aku menaip untuk muhasabah diri juga. Lagipun nenek aku pernah cakap. Jadi perempuan memang senang dan memang susah. Perempuan… jaga lah solat, jaga puasa, taat pada suami dan jaga kemaluan.

aku juga geli bila facebook dijadikan medium tayangan free. F*** notty, baby **** dan etc. semua melayu dan “islam agamaku” hahaha tayang cleavage je lebih.


Share/Bookmark

Saturday, May 14, 2011

meracau.

2 suke nak komen
blog.

semua ada blog. not semua but most of us ada blog. tak satu mesti ada dua tiga. kenapa mesti ada blog?apa fungsi?

aku buat blog dah lama hmph agak lama lah tapi aku tak rajin sangat update entry excluding masa holiday ok. sebab da bosan and merepek je lah yg mampu time cuti. follower aku tak ramai lagipon aku tak rajin sangat jalan blog orang. kalau terlebih rajin aku akan komen entry tp sangat jarang nak buat. aku post aku blah. tu style aku. bila nak update lagi baru sign in blog.

blog aku mainly pasal aku. what had happened and what i thought of. tapi even pasal aku saja or maybe a poem, tetap ada anonymous datang kritik. aku tak paham sangat pasal tikus tikus ni. don't know me well but judge me as they knew me very close. haha taiklembu.

bila aku pergi blog orang lain aku suka baca yg jenis pedas-pedas punya bahasa tapi guys lah banyak. girls banyak yg cantik-cantik dan letak gambar yang aku suka tgk berbanding baca entry mereka. hahaha. betul la. benda cantik memang semua suka tgk. aku tak suka blog ada lagu walaupon dulu masa memula ada blog aku letak lagu" white is evil". haha bising. dulu aku takde nuffnang, tu pun incik kekasih buatkan. aku tak suka blog yg guna bahasa aku tak paham walaupon aku rasa aku masih ada entry yg guna bahasa rempit comel tu. ewww.

aku punya bahasa pun tak friendly sangat. tapi ada aku kisah sangat sebab aku dah memang dilahirkan macam tu. aku tak reti sangat nak gedik gedik dalam alam maya. maybe sebab tu aku tak ramai kawan di alam maya. facebook? yeah, maybe i approved them today but i'll delete them tomorrow. that is my style. tak suka? leave it. so, tikus tikus, tak suka tak payah rajin sangat.

dan aku sebenarnya membebel benda tak pasti. HAHAHA. ok lah, good nite!nak continue my reading, "a doctor in the house".
Share/Bookmark

i love TDMM lah ^^

0 suke nak komen
a girl text-ing her dad;

LIL GIRL : dad, did u heard bout mahathir's book?
DAD : yes, why
LIL GIRL : u bought it?heh. i want.
DAD : no as it's not interest me. u can buy it yourself.
LIL GIRL : ok ^^

then the girl continue her revision for the exams. finally, the exams are done and the girl straight going back home. then her dad said.

"dah pergi dua kedai tapi buku tu dah abis"

the girl sedih. haha poyo girl tu aku la. so ayah aku kata dia order and wait je la. akhirnya buku "a doctor in the house" dah selamat ayah aku amik. yeay!!

my mum cakap "budak u kena baca ke buku tu?" hehehe. "tak lah mak, eny saje nak baca".

belakang dia



depan

buku ni hard cover dan has 834 pages and in the middle of the books ada pictures of tun sepanjang jadi PM. beli lah tak rugi pun sebab english dia not hard to understand. ok? :)

anyway, i love him. haha. ok dad...i love u too. thanx for the book ^^
Share/Bookmark

Thursday, May 12, 2011

nurhafizah ismail. or pija for short :)

0 suke nak komen
die gebu dan comel.hihih ^^ paling penting die baik dgn aku.



sempena my birthday yg dah pun berlalu, dia suruh aku gain weight dgn makan makanan yg manis lagi comel ini. haha. mekasih!!aku dah baham yang kaler biru tu. tak larat......=.=" hahaha.



dia baik memahami dan suka marah aku sebab aku degil. hahaha. oleh itu, dia sayang aku. aku juga sayang beliau!theehee ^^



bila kita akan jumpa lagi? T.T

Share/Bookmark

yeah! ^^,

0 suke nak komen
hari ini aku keluar. sudah seminggu aku dirumah menjaga kulit, akhirnya aku seperti jakun keluar rumah. hahaha. dengan memandu kereta mini dengan yakin aku minta nadia tunjuk jalan. hahaha. aku rasa formula lagi senang ingat dari jalan =.=" oh aku rasa aku memandu dengan baik, mungkin kerana selangor lebih sesuai dgn aku. hahaha. kecuali aku memerlukan tangan yang panjang sebab tak sampai nak touch my 'touch n go' =.=" . tol sebelum balik abang tol yang tolong sentuhkan. ahhhh!

ini nadia. iza aku cuma ada candid, mungkin beliau takkan suka kalau aku upload jadi, aku tak upload. anda boleh je cari beliau di fb. taip azliza sazali. rakanku yang lain?cepat lah balik. banyak cerita best menanti. ^^,

aku sampai lambat di sunway. ada hal keluarga. HAHAHAHA. sorry pija sayang!sampai je terus melahap kat simply penang dan terus ke wayang. fast 5 terbaik! tak rugi 14 hengget aku.

aku bajet


aku kerek



hahaha. END. eh belum. sebentar lagi post terima kasih pada nurhafizah ismail (pija). :) adeh line tenet bengong. T.T

Share/Bookmark

Wednesday, May 11, 2011

justin bibir.

3 suke nak komen
aku bukanlah peminat si bibir ni. serius tak minat walaupun housemate aku yang gila menyampah nan bibir meminati beliau dan mendownload lagu beliau dan pasang kuat kuat masa study week lepas menonton never say never. sedetik aku tak terminat beliau. sebab beliau budak. walaupon kekadang aku ternyanyi baby baby baby ohhhh~~

tapi aku lagi minat versi babi (maaf) nyanyian Douglas Lim. hahaha. sorry bibir.

ni rambut asal beliau yang buat aku annoying setiap kali nak flip flip rambut. tapi tadi aku tengok tv. aku lupa ahh kat mana tp news laa yang menyaksikan peminat dia meroyan menangis terkedu masa konsert. pigidahh. dan ada tunjuk bibir berambut baru. aku google dan nahh. aku rasa beliau kacak pulak. hahaha. serius tak sabar nak tunggu beliau besar dan matang. :D ngee.


awww jatuh cintaaaa~~ :D muahahahah!
Share/Bookmark

Tuesday, May 10, 2011

roti canai nenek asmah

0 suke nak komen
nenek aku bernama asmah binti yaacob. aku hampir terlupa beliau binti apa. haha. aku tak suka beliau tinggal dekat rumah aku. jangan salah sangka cuma beliau suka nak buat aku gemuk. bagi aku makan malam-malam pastu tidur dengkur-dengkur. nenek kejam! hahaha. harini nenek kata nak buat roti canai. menapak la aku kat dapur nak tengok cara-cara. haha.

aku terlupa pula gambar segelas susu. =.=" ok bahan-bahan seperti di atas. susu tu susu yang buat air tu air teh susu. haha. tapi susu je lah. then margarine (eh aku salah eja dalam gambar? :|) diambil secukupnya dan digaul bersama tepung. gaul lah dengan riang then tambah susu sedikit demi sedikit dan uli lagi. kalau rasa tak cukup boleh tambah lagi, air putih biasa pun takpe. uli uli sampai jadi doh.

then uli lagi tapi kali ini beserta minyak sedikit sampai la jadi lembut. minyak apa tak kisah lah rumah aku cuma ada minyak sayuran je. guna je la. lepas tu buat bulat-bulat comel macam ni.

dah siap. senang sangat rupanya =.=" tapi nak uli macam letih. hahaha. nak tebar esok?lagi aku tak reti. rendam dalam minyak supaya doh tak melekat-lekat dan tutup lah. esok dah boleh tebar dan makan! eh masak dulu! esok lah gambar roti canai yang dah siap! yeay!
Share/Bookmark

tak sama semua org :)

0 suke nak komen
aku dah bebas dari demam campak!gembira?suka?mestilah. duduk di rumah sepanjang hari apa yang aku buat? mestilah makan dan makan. aku sangat suka makan. bangun tidur makan pastu tertidur then bangun lagi lepas kena bebel dan makan lagi. pleasssseeee aku tak mahu naik sampai 99 kg. skrg pun dah macam nangka. T.T

ayah aku kata buku tun mahathir tu dah abis di dua buah kedai. dan dia dah tempah and tak lama sampai lah!yeay! i just text him asked bought dah ke but he said im not interested. yelahhhhhhhh~

oh tadi aku melihat status zira hashim (cari kat fb). yg berbunyi lebih kurang begini "kalau kita pakai selipar jamban pergi mall memang promoter kat situ tak layan eh?simbol tak ada duit?" haa begitu lah hendaknya. ok, nak cerita yang ayah aku pernah cerita. situasi dan nama diubah.^^

pada hari yang hening lagi memancar sang suria seorang lelaki berusia 40-an berminat ingin membeli rumah. yelah, keluarga dah besar. kena la rumah yang selesa untuk hari yg mendatang. kan? jadi pergilah beliau ke satu lokasi di selangor untuk melihat rumah contoh dan berkenan betul beliau dengan rumah banglo dua tingkat setengah di atas bukit itu.

lalu bertanya lah beliau pada seorang disitu ( adakah dipanggil promoter juga? =.=" ). seorang wanita melayu yang molek lah dibuat bini. dah lelaki berusia 40-an bertanya "em rumah di atas bukit tu. berapa ya? dan bla bla bla"

DAN perempuan itu menjawab "oh encik rumah tu mahal. apa kata tengok-tengok rumah yang lain?" lelaki itu terdiam dan berlalu pergi selepas mengucapkan terima kasih. minggu depan datang lagi lelaki itu dan berjumpa perempuan yang sama dan jawapan diberi still sama. "rumah itu mahal encik". diam lelaki itu dan melihat perempuan itu melayan mesra lelaki cina yang dtg walaupun hanya berseluar pendek (bukan rasist ok?) .

dan ini semua kerana lelaki itu memakai baju biasa yang juga dipakai oleh pekerja beliau. kira pakai uniform pekerja tetapi lelaki itu adalah pemilik syarikat berkenaan. berlalu pergi lelaki itu dengan keretanya dan pergi ke tempat lain. alhamdulillah, lagi bagus :)

ps : jgn lah kurang ajar sgt. tak semua org pakai biasa-biasa adalah or berduit berharta. tak juga org pakai branded itu mampu miliki semua. mana tau cuma gred AA atau hutang? :)
Share/Bookmark

Sunday, May 8, 2011

TAK selamat hari ibu lah camni.

0 suke nak komen
hari ibu adalah pada hari ahad minggu kedua bulan may. aku tak sambut pun sebab bagi aku hari hari adalah hari emak. aku sayang mak aku hari hari tak ada hari istimewa. hahaha. tapi aku rasa hari emak adalah wajar pada sejurus emak melahirkan kita. sebab dari situ kita dah ternyata anak emak yang akan kita panggil emak dan hormat beliau sebagai wanita cekal. makna kata hari lahir aku adalah hari emak aku. emak ku!! hihih ^^

aku degil kat mak tapi mak baik je dengan aku. hantar pergi sekolah pagi pagi. berleter kat aku hampir setiap hari. theeeeeheee ^^ dan skrg ddk kat universiti hari hari mengigau pasal mak hari hari juga lapar masakan emak. cisss. emak ikut lah eny balik perlis tu. muahahaha.

dan seperti biasa kalau ada laa hari hari istimewa ni mesti akan ada artikel macam hari valentine tapi tu memang tak elok kalau cara sambutan tak elok. juga earth hour yang tak silap yang aku baca, merupakan konspirasi yahudi. dan kini.....hari ibu pun ada juga. nah link (IBU) dan juga ada dari blog (SINI). dan dari itu ternyata hari emak umi mama mom ibu dan apa yang anda panggil emak anda adalah haram.

digalakkan menghormati ibu dan bapa terutama ibu kita. menghargai menghormati sangatlah dituntut. hari ibu tidak melibatkan sebarang yang tidak patut pun. setakat bagi hadiah kat mak and cium cium pipi cakap "selamat hari ibu!!" adakah salah?tidak bukan?masak untuk mak suruh mak berehat sambil lepak lepak tengok tv adalah tidak salah. sian mak, bagi lah rehat pun.

tapi semua ini adalah atas kehendak anda sendiri. anda punya niat. anda punya hati. semua nak ada artikel kan?
Share/Bookmark

Saturday, May 7, 2011

bila islam dikristiankan. mungkin?

0 suke nak komen
agama kristian nak tukar agama islam sebagai agama rasmi di Malaysia ini? mengapa harus macam tu?bukankah telah termaktub dalam perlembagaan dan memang tak ditukar dah kan?

oh. tapi aku rasa sebahagian dari mereka yang melakukan mesyuarat mesti keliru kan? yelah. memang agama islam tu agama rasmi tetapi orang islam ada merasmikan dalam hidup? dengan baju terbuka sana sini tunjuk lurah dada yang si perempuan, rambut highlight kaler habis blonde semua. arak lagi. oh. keliru lah agaknya. artis banyak begitu. orang tak artis pun. tak semua la kannnn~~~ tak silap aku di kelantan akan disaman jika tak tutup aurat. buat laa kat sini buat. benda bagus kot.

kalau betul akan dinaikkan agama kristian ini. kita yang majoriti macam mana?isu halal?ahh sudah. susah lah semua. pengajian pendidikan islam di sekolah?mungkin kita yang akan keluar kelas sebagai mana pendidikan moral keluar ke kelas lagi satu. oh dan oh.

hahaha. aku tatau how government nak setel this kind of situation. harap keputusan adalah tepat. aku nak dinner dulu. lapar!
Share/Bookmark