Saturday, June 4, 2011

real coconut shake. mana? T.T

Aku turun dari kereta hitam milik ayahku. beriringan dengan wanita dan lelaki separuh abad, tak lupa ayahku yang turut serta. pagi yang cerah itu kami ke pasar yang terletak di pekan. dan peniaga pada pagi itu sibuk bersiap sedia dengan barangan mereka dan melayan bakal kerenah pelanggan mereka.

di kiri menjual ikan, di sana pula menjual sayur dan di hujung sana terdapat dua orang wanita 40 an menjual aksesori wanita. nenek aku mengajak aku ke sana. membelek belek lalu ramah berbicara. hairan aku sungguh ramah bagaikan sudah berkawan lama. kalau aku? jangan harap senyum pun. aku segan. di sebelah kanan kelihatan seorang pak cik yang aku kira sudah lama tidak berjumpa rakannya, bersalaman dan bertanya khabar. aku tak harapkan perkara begitu di sini. semua sibuk dengan hal sendiri.

selesai dengan jual beli, pergi pula ke tempat barangan basah. dibelinya ketam kegemaran datuk juga ditanya apa yang aku ingini. aku hanya menggeleng. wang yang diberi ayah sedikit pun tak terusik. ada lagi yang menyukat menggunakan tin terpakai walaupun sekarang sudah ada penimbang sebagai pengganti. aku tanyakan benda apakah yang berwarna putih dan nenek gelakkan aku, begitu juga peniaga tersebut yang mengatakan budak bandar memang tak kenal. cisss.

bukan ini aku nak utarakan. setelah lama tidak menemui coconut shake yang menjadi kegemaran aku ketika menjalani PLKN 5 tahun dahulu ( wow tuanya aku =.=" ), dan aku nampak di sini! dijual oleh lelaki lewat 20 an. aku beli aku beli! yalah! lama tak jumpa, aku rindu rasanya yang enak. nak harapkan selangor? aku tak pernah jumpa lagi.

TAPI. tak sedap pun. tipu lebih. apa? rugi sangat ke letak air kelapa tu? setakat rasa air gula! membazir RM1.50 aku. nenek aku membeli petai, dipilih pilih hanya sepapan yang elok segar besar, lainnya busuk. apakah konsep niaga anda? jangan nak tipu sangat kaum aku. huh! PENTIPU! eh ada ke pen? =.="
bye!
Share/Bookmark
Comments
4 Comments

4 suke nak komen:

k a k L a m p said...

hahah tuh sume iklan nak naikkna sale jerk tuh ghahahah

Cikgu Fikri said...

pernah rasa cocnut shake klebang melaka yg sedap tu?
smpai skrg tak dpt beli lg, sbb ramai gler beratur...
gerai dia kecik jerk..
tp, pelanggan sgt ramai.. :)

sugar2 kapas strawberry said...

tajuk yang sesuai utk entry ini..sepa gi bersama nenek di pasar:)

hehehe.jangan marah

erniemusliana said...

saya tak berkesempatan membeli coconut shake yg sedap di mana mana. uwaaaaaaaaaa~ still stilll mencari.....

*sesuai btol tajuk itu..=.="