Friday, June 3, 2011

am i still malay?

  • bayi seperti tidak ada harga. letaknya di tempat sampah. dicampak dari bangunan lima tingkat.
  • dirinya seperti tidak ada tujuan hidup dan menyusahkan orang. dicucuk bahan yang biasa diguna dalam perubatan. lalu menyusahkan kerajaan dalam membina tempat untuk mereka.
  • dirinya seperti tidak bermaruah dengan menjadikan alasan kewangan lalu mencebur diri dalam bidang perdagangan badan sendiri.
  • seperti orang berkulit putih dan ditirunya cara berpakaian walaupun diri tu hidung kembang, kulit sawo matang & paling penting slang pantai timur kuat. no offense! aku banyak jumpa orang begini.
  • berlagak. kutuk orang yang kekurangan. kerja biasa takmahu padahal spm pun tak lepas.
  • sanggup jadi papa asalkan bergaya dengan barangan mewah.
  • menipu asalkan nampak hebat dan diterima dalam group sendiri.
  • agama dikebelakangkan, arak menjadi kegemaran. berpakaian separa bogel dan menyatakan hanya mengikut skrip.
  • sambung belajar di rancangan realiti. drama menjadi taruhan dalam simpati meraih undi.
  • aib dibuka begitu sahaja walaupun pada hematnya berlaku jujur.
  • bangkang habis habisan bila barangan naik tanpa difikir berapa banyak kerjaan membazir untuk anda.
  • memaki hamun bila servis diberikan lambat tapi hendakkan semua dalam harga yang murah.
  • jantina ditukar dengan alasan diri lebih kepada perwatakkan kepada opposite gender.
  • memberi komen negatif bila ada si melayu berjaya.

biasa aku jumpa adalah melayu. jangan nak bangkang. aku juga melayu dan kadang kadang malu menjadi melayu. tapi apa kan terdaya, muka dah melayu sangat tak dapat menipu dari arab. jangan nak perasan bandar sangat dan kutuk si kampung. dan jangan nak gaya bandar sangat sedangkan orang bandar tak begitu. day by day, im sick with it. dan...am i still malay?malay that has a good attitude and using soft words in any occasions?malay that has a sweet smile and simple outfit and using brain to impress orang lain? dan pada petang ini aku tiba tiba emo.

*and i hope...menjadi lagi baik dari hari ini untuk masa depan yang elok. oh. doaku pada YA RABB, moga laluan aku lebih terang. perangai aku juga lebih baik :)
Share/Bookmark
Comments
3 Comments

3 suke nak komen:

sugar2 kapas strawberry said...

melayu mudah lupe

Lieyda Sabri said...

adeh pedasnya bab slang pantai timur tuu

erniemusliana said...

strawberry : sesetengah begitulah...emm~

lieyda : heh. sikit lah. tapi tak sume cetu kan? :)