Aku rasa hari ini macam hari malang aku.
Aku bangun awal pagi nak sediakan sarapan untuk adek aku yg sekolah pagi. Tapi lupa telur dah abis, so tak ada lah nak buat roti telur. Tengok nasi malam td, pun tak cukup gak nak buat nasi goreng. So mee goreng je aku buat tapi “alaa apis mana makan mee sangat” tiba tiba kau tak makan pulak. Dalam pukul 8 adek aku lagi sorang nak pergi kerja “bila ko masak ni?mee ni pedas ahh. Sakit perut kang”. =.=”
Aku tidur balik dalam 8.30 pastu dah pukul 10.45 aku terjaga. Tengok kucing aku tidur kat kaki adek yg last. Aku bangun ingat nak masak lambat sikit. Dah beli barang barang basah, aku nak masak. Masa masak ayam kicap, termasin. Aku buang kuah dia, dan goreng kering kering. Sebelum buang kuah, nyaris nak simbah badan aku. Mungkin aku akan mengalami kecacatan kulit di perut kalau tersimbah.
Lepas masak aku nak kemas sangkar kucing aku yg baru nak remaja tu. Aku nak tukar pasir tandas dia. Dan pasir tu tertumpah. CANTIK! Aku kutip balik. Lepas tu sapu lepas tu mop. Alang alang mop, baik dari dapur sampai ke ruang tengah sampai ke ruang tamu. BEST! Time ni adek aku yg bongsu dah pergi sekolah.
Aku duduk rehat rehat tiba tiba ucapan salam diberi, pantas aku bangun buka pagar. Kawan adek aku masuk. Semua nak lepak atas nak lawan PES. Bagus.
Adek aku semua lelaki. Pakai baju mengalahkan perempuan tapi tak nak letak dalam bakul baju sebaliknya letak kat lantai bilik air bagi basah basah. Aku kemas sini, sana sepah balik. Tempat tidur memang berangan mereka ni nak kemas. Bila nak baju nak jeans nak baju sekolah mereka akan guna mulut. Cari tak mahu. Aku sekeh kepala baru tahu.
Mak dan ayah balik ahad ni. Tiba tiba aku rasa mak aku lagi dasyat nak layan semua lelaki dalam rumah ni. =.=”
Kasihan mak. Sobsss.
**internet cam tahik. aku nak update blog PEMADAM nak upload gambar memang tahik.