Wednesday, July 20, 2011

junior,senior. hai?

Dulu masa aku segar digraduasikan dari sekolah menengah, aku rasa seram sejuk. Bila aku fikir nak teruskan dengan apa. Kalau tak sambung belajar memang aku akan segan seumur hidup. Pelajaran adalah kekayaan masa kini.

Lepas SPM dapat PLKN yang sumpah aku benci-tapi-jadi-suka-lepas-masuk. Dan tengah seronok tu nama aku diumum sebagai salah seorang calon untuk matrikulasi pulau pinang. Tak sedih tak gembira sebab sebelum tu aku dah daftar pun untuk USCI (university college sedaya international) untuk A level – science stream . And so my dad said,”it’s ur choice bla bla bla”. Aku balik, daftar matrikulasi tu dan reject ucsi. Burn lah sudah.

Masuk KMPP, aku rasa tak tahu apa. Rambut dihitamkan bersungguh, baju kurung dipakai dan kasut bertutup. Skema! Quiz pertama aku nangis sebab dapat low. Mak aku kata sabar abiskan je. Dan aku keluar bukan sebagai pelajar 4 rata.

Aku kemudian ditawarkan kejuruteraan alam sekitar di UniMAP yang merupakan pilihan kelima aku. Pilihan pertama aku kat uitm which is not my father punya preference dan dalam bidang town planning. Selagi aku tak klik setuju selagi tu ayah aku membebel sebab dia akan daftarkan aku untuk tesl.

Aku tanya kawan aku UniMAP macam mana dan jawapan mereka:

“wehh dekat hutan kot!ade gua dgn orang asli”

“terima jelah, jangan burdenkan ur dad”

Memang aku bunuh orang yang bagi jawapan first tu tapi aku tak ingat siapa yang bagi. Dan aku ada practicumate yang sama course which is azri. So kira okLAH. I guess. Aku memang tak tahu pape pun. Berseorangan sampai jumpa hizreen.

But budak sekarang kira okLAH ade page Bakal Mahsiswa/i Sesi 2010/11 untuk tahu perihal UniMAP walaupun sekadar bertanya ada makanan apa kat sana?

ada dapat lagi junior UniMAP?boleh pegi page tu. boleh tanya senior.

Kbaaii!


Share/Bookmark
Comments
3 Comments

3 suke nak komen:

Zul Fattah said...

welcome to unimap..see there..

Bud@k Gil@ said...

hahaha.....mokcik ni misti senior yg baik kn....kehkehkeh.....

erniemusliana said...

zul : haha ok :)

budak gila : my makcik mmg senior yg baek. knl ke~ XD