beginilah keadaan di luar rumah kami. dari aras 4, ternyata hujan yang turun itu indah umpama rantaian kristal.......
hai
lalu dalam situasi yang nostalgik dan tragik serta sadis, mee segera merupakan makanan tradisi. makan sementara masih panas. dan lebihan kari mee segera dibuat pencicah oleh biskut marie. sumpah tak sedap.
lantas mengambil keputusan drastik untuk memandu kereta mini aku di sekitar tempat berdekatan kediaman kami. meninjau keadaan orang di sekitar kampung. selepas bertanya keadaan keapda senior dan jawapan yang diterima amatlah positif, lalu aku mengajak orang rumah dan jiran untuk turut sama. ternyata keputusan kami tidaklah sia-sia. kami menyoroti setiap panorama sambil menzahirkan simpati. tetapi kami tidaklah mampu kecuali mendoakan kesejahteraan mereka.
walaupun banjir tetapi kawasan sekitar tetap meriah terutama kanak-kanak yang berbaringan di tepi jalan menunggu kereta lalu untuk mendapatkan efek ombak. ternyata mereka tidak mengenal erti betapa banjir ini bukan seronok. dan ibu bapa mereka seakan membiarkan. sampai ke malam tetap berlaku. =.=" sibuk cari ikan gamaknya.
kawasan sekolah. teruk ditelenggami air.
rumah yang teruk dinaiki air. baru 6 bulan lepas banjir, sekarang mereka berpenat lelah lagi mahu bersihkan rumah.
kawasan kediaman kami yang seperti genting highlands. seronok!
aku terlampau rajin kemas katil, gabungkan katil, sapu sampah. basuh cawan lagi. semua kerana tak larat dah nak menangis kebosanan.
tolonglah bawa aku pulang ke selangor. aku dah tak larat hadapi semua ini. =.=" aku juga rindu akan kelas. (ok, tak berapa benar).