Friday, April 1, 2011

perlis mungkin pulih dalam sikit masa lagi.

hai, aku ernie. aku tahun dua di UniMAP. kat perlis ini banjir. tak baca paper ke kawasan kami ini agak teruk sudah?baiklah.


beginilah keadaan di luar rumah kami. dari aras 4, ternyata hujan yang turun itu indah umpama rantaian kristal.......



hai
lalu dalam situasi yang nostalgik dan tragik serta sadis, mee segera merupakan makanan tradisi. makan sementara masih panas. dan lebihan kari mee segera dibuat pencicah oleh biskut marie. sumpah tak sedap.


lantas mengambil keputusan drastik untuk memandu kereta mini aku di sekitar tempat berdekatan kediaman kami. meninjau keadaan orang di sekitar kampung. selepas bertanya keadaan keapda senior dan jawapan yang diterima amatlah positif, lalu aku mengajak orang rumah dan jiran untuk turut sama. ternyata keputusan kami tidaklah sia-sia. kami menyoroti setiap panorama sambil menzahirkan simpati. tetapi kami tidaklah mampu kecuali mendoakan kesejahteraan mereka.



walaupun banjir tetapi kawasan sekitar tetap meriah terutama kanak-kanak yang berbaringan di tepi jalan menunggu kereta lalu untuk mendapatkan efek ombak. ternyata mereka tidak mengenal erti betapa banjir ini bukan seronok. dan ibu bapa mereka seakan membiarkan. sampai ke malam tetap berlaku. =.=" sibuk cari ikan gamaknya.


kawasan sekolah. teruk ditelenggami air.



rumah yang teruk dinaiki air. baru 6 bulan lepas banjir, sekarang mereka berpenat lelah lagi mahu bersihkan rumah.



kawasan kediaman kami yang seperti genting highlands. seronok!

aku terlampau rajin kemas katil, gabungkan katil, sapu sampah. basuh cawan lagi. semua kerana tak larat dah nak menangis kebosanan.



tolonglah bawa aku pulang ke selangor. aku dah tak larat hadapi semua ini. =.=" aku juga rindu akan kelas. (ok, tak berapa benar).


Share/Bookmark
Comments
9 Comments

9 suke nak komen:

Anonymous said...

baca entry nie trus rasa nak mkn megy..

erniemusliana said...

hahaha. sile sile. :)

AIMAN said...

woahhh bes la ronda2 tgk banjir

erniemusliana said...

@AIMANhaha best la!tp hati2 sgt redah air. haha

AIMAN said...

aku pon dah pi redah air hari tu.. seb baik naik moto. kalau naik keta mmg tersadai la. haha

Kairel Keflee said...

hot cup maggy on the raining day is sooo mabeles!

erniemusliana said...

@AIMANhaha tp macam skunk surut sikit kot?

erniemusliana said...

@Kairel Kefleebetol!tp muak ahh hari2 makan megi. =.="

fyna said...

jangan maen ujan taw.
bhy.
hehe...






jom singgah n follow belog fyna.
http://inibelogfyna.blogspot.com/