sebelum ni memang tak dengar suara dia. dan memang sangat tenang ketika itu. disebabkan demam campak ini bukan calang-calang sakit. beliau harus berpantang.
aku dengan semangat menelefon nenek dan emak aku untuk bertanya tentang pilihan makanan yang elok untuk beliau. beliau dilarang keras makan:
- kacang
- ikan yang gatal. kalau ikan tenggiri atau ikan selar kuning dibolehkan.
- sayur nenek aku kata setakat sawi tu ok lah sebab kalau labu pun miang. tapi anisah ni tak makan sayur.
- tak boleh makan telur.
- kicap juga tak boleh.
- ayam, daging.
- makanan yang berminyak.
- seafood.
lain-lain sila google sendiri dari orang yg berpengalaman.
beliau juga harus duduk di rumah untuk mengelakkan penyebaran terutama pada orang yang tak pernah mengalami demam campak. (aku dah kena masa berumur 6 tahun). dielakkan untuk berjemur di tengah terik mentari.
petua?mandi air kelapa. minum air kelapa. paling penting jangan garu bintik-bintik tu.
*anisah suruh saya berkongsi mengenai beliau. dan doakan beliau agar minggu depan semasa exam akan sejahtera seperti sedia kala. amin.