Friday, October 8, 2010

karangan

Dari minggu lepas lagi aku rasa seakan tidak tenang. Tidur malam sering terjaga malah bedebar-debar. Seingat aku tiada masalah, kerja semua sudah dilunaskan. Seminggu berlarutan begitu, kasihan RAIN sebab aku tidak boleh lelap kalau lampu ditutup. Kasihan juga pada FIRDAUS si bulat sebab ganggu dia malam hari dengan deringan telefon lalu meminta untuk diteman. Memang diri sedang dalam keadaan kotor dan diri yang asyik berfikir bukan-bukan meminta agar tiada apa yang akan terjadi.

Memang masa berjalan malam sampai sesat ke hutan tapi harap tiada yang 'mengikut'. Seram tak usah dikata, pemandu si RAIN sampai terpecut. Tiada apa berlaku, syukur. Sampai di hostel dah sangat lewat malam, dalam 12 lebih mungkin. NGEK tidur bersama malam itu, dan dia juga tidak boleh lelap. Sepanjang malam dia berasa takut dan merasa ada sesuatu.

Malam esok adalah malam aku. *sedih jap* Mata sangat degil dan terjaga setiap jam. Sangat seksa. Esok dan esok juga begitu dan berlarutan. Mungkin tiada apa pun, aku je yang fikir lebih. Si kesayangan menyuruh ambil wudhu' dan tidur semula. Lega sedikit :)

Hari siang kadang-kadang nak cemas nak bedebar juga. Puas fikir tapi kosong. Hari ini dah bersuci, menadah tangan kepada ILLAHI agar perasaan ditenangkan. Memikirkan kebaikan dan tidak lalai dari-NYA.

Melalui pakcik google, taip ketenangan. Adalah keluar apa yang patut. Nak tenang?senang je sebenarnya. Selain selalu bersyukur, jangan nak fikir duniawi sahaja. Selain itu besederhana juga dan sentiasa ikhlas beribadah :)

oh ya, sentiasa berzikir ;

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

(Surah Al-Ra‘ad: 28)

malam tadi pun mata buat hal lagi, memang sakit hati sebab sangat mengada tahap bedebar+takut dan etc. Buka tingkap bilik tengok luar, buka tingkat di ruang tamu dan tengok luar. ok, tidur dah lepas itu.


**perasaan jangan nak dilayan, makin dilayan makin mengada.

***rindu famili, tadi dah telefon mak. ok, adek lelaki dah nak dapat P juga dah ushar kereta T_____________T

****dah hampir exam tapi subjek thermodynamics dalam otak adalah tak sampai 50% tahap kefahaman :)


Share/Bookmark
Comments
0 Comments

0 suke nak komen: