Saturday, April 20, 2013

Melankolik. Eh?

Sampai je pintu rumah... Teringat setengah jam yang lepas.

Berkumandang dalam kereta lagu It's My Life dari Bonjovi, Lela cakap "Khai, ingat tak lagu ni time karaoke tu?" Diam. Kami gelak ramai ramai satu kereta. Memang haram jadah klip video kat pusat karaoke Arau tu.

Kemudian lagu dangdut, korea, melayu semua kami bantai nyanyi kuat kuat. "Ahh.." bisik hatiku. Keriuhan ni akan sunyi selepas June. Semua dah mengorak langkah menuju alam pekerjaan.

Diam.

Macamana kita kita lepas ni?

Masih berfikir.

Baiklah, selamat berjuang rakan rakan. Semoga tak terputus apa yg terbina ini :')

Sentimental. Pffttt.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Share/Bookmark
Comments
0 Comments

0 suke nak komen: